TAHUN 2012- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SMKTAM) mencatat sejarah tersendiri apabila melaksanakan persekolahan satu sesi mulai 03 Januari 2012. Mulai tarikh ini secara rasminya persekolahan dua sesi yang sudah berlangsung selama 40 tahun sejak 1972 ditamatkan. Perubahan yang sekian lama dinantikan itu adalah seiring dengan proses peningkatan taraf SMKTAM oleh Jabatan Pelajaran Kedah sebagai salah sebuah sekolah primier peringkat daerah Kota Setar.
Senario gelombang perubahan besar SMKTAM ini bermula apabila seramai 398 pelajar tingkatan satu, dua dan empat berpindah secara beramai-ramai ke Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah (SMKAM) pada 19 Julai 2011. (SMKAM ialah sekolah baru yang dibina bersebelahan dengan SMKTAM). Serentak dengan itu juga seramai 21 orang guru SMKTAM turut berpindah bersama pelajar ke SMKAM yang mulai beroperasi pada 17 Julai 2011.
No comments:
Post a Comment