Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SMKTAM), Alor Setar dibuka pada 1 Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Alor Merah dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Alor Merah (Lelaki), SK Alor Merah (Perempuan) dan SRJK (C) Pumpung (1967). Pada 23 September 1968 bangunan sekolah yang ada sekarang mula digunakan. Bangunan tambahan didirikan dan digunakan pada tahun 1972 dengan kapasiti 24 bilik darjah. Oleh kerana jumlah murid yang terus meningkat, maka persekolahan terpaksa diadakan dua sesei, pagi dan petang.
Sejak 1965 hingga akhir tahun 1974, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Alor Merah. Tetapi pada 21 Oktober 1974 nama asal itu ditukarkan kepada SMK Tunku Abdul Malik. Pada 2 April 1975. Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik Ibni Al-marhum Sultan Badlishah, DK., DKH., DK (Trengganu), SPMK., SPCM., DA, (Sarawak), PSB., iaitu Raja Muda Kedah.